Sang Jihad

17Jul08

MashAllah, Allah yang menghidupkan dan mematikan mampu berbuat apa sahaja. Bagi aku, aku rasa mukhayyam kali ini telah dihidupkan dan diberi Ruh, masakan ia boleh masuk dalam mimpi aku.

Persediaan untuk menghadiri mukhayyam kali ini memang agak ketat walaupun aku akui tak mampu untuk penuhi segala persediaannya. Dalam seminggu, setiap hari perlu 20 minit jogging, 20 kali sit up dan 20 kali push up. Memang mereka mahu meniup ruh jihad itu dalam diri aku. Maka terpaksalah aku lari, sit up dan push up untuk merasakan bahawa penyertaanku ke mukhayyam ni adalah satu keterikatan dengan Allah. Lari, push up dan sit up kerana Allah, walaupun badan aku yang sudah terbiasa bersantai sebenarnya tak mahu melakukannya.

Kemudian aku diberi briefing beberapa hari sebelum mukhayyam supaya aku bersedia mentally. Aku perlu bersedia untuk menerima segala arahan seperti seorang perajurit yang ikut perintah komander nya, walaupun kepenatan menguasai diri dan aku seorang yang perlu berkorban untuk orang lain. Jika orang lain dibiarkan mandi dan berseronok sedangkan aku seorang ditugaskan untuk memasak, mengangkat barang kemudian berterusan dengan perintah lain, maka aku haruslah patuh dan taat. Ketaatan aku kepada pemimpin sama seperti ketaatan aku kepada Allah dan RasulNya.

Ayat dari surah Al-Anfal pula dijadikan bekalan untuk persediaan jiwa sebelum mukhayyam. Ayat ini pernah diberi nyawa di dada-dada manusia ketika saat perang satu ketika dahulu. Ia hidup dalam diri Rasulullah dan para sahabat. Maka bagaimana keadaannya jika ia hidup dalam diri aku. Aku mungkin tidak mampu menerima Ruh ayat surah Al-Anfal itu kerana aku masih takut perang dan mati. Rasa cuak jika tiba-tiba ayat surah Al-Anfal itu diberi Ruh dalam diri aku.

Nah, jika begini persediaan yang diperlukan, maka aku tertanya-tanya bagaimana keadaan mukhayam itu nanti.

Pada saat ketika aku tgh tidur, aku didatangi oleh Ruh mukhayyam. Aku bersama ikhwah-ikhwah lain berada dalam dewan yg agak malap. Kemudian di atas dewan dikerumuni oleh musuh-musuh sedang memegang tombak yang bersedia terbang bila-bila masa. Dalam keadaan yang agak tegang, aku dengan ikhwah lain cuba berteriak sambil membuka kekuda tanpa apa-apa senjata . Lutut aku terasa sangat lemah kerana berdepan dengan musuh yang bila-bila sahaja boleh membunuh aku. Teriakan itu sebenarnya untuk aku cuba mengembalikan keyakinan diri bahawa aku masih mempunyai pergantungan kepada Waliy ku.

Aku terus terbangun, jantung berdegup kencang, beristighfar, beginikah keadaan sebenar perang?

Ruh mukhayyam itu cuba perkenalkan Sang Jihad kepadaku. Ahh aku masih pengecut. Iman aku senipis kulit bawang. Bagaimanakah agaknya para sahabat yang sentiasa merindukan Sang Jihad.

semoga di mukhayyam ini dapat aku bertaaruf dengan Sang Jihad. Amin.

-cerita dari seorang akh.



2 Responses to “Sang Jihad”  

  1. dasat sang jihad….ya Allah jauhkan kami dari al-wahn

  2. 2 mohamadrizuan

    Subhanallah,insyaAllah moga roh Sang Jihad berjaya jugak masuk dalam diri ni.
    Moga-moga sang jihad dapat memperbaiki akhlak dan kata-kata dari diri ini,dengan nasihat-nasihat dari sahabat-sahabat yang cintakan Allah.Moga roh ini akan terus menyinari pemuda-pemudi islam.


Leave a Reply