Hidup Yang Mati
Copy paste from Oretachino2yen
Aku terfikir-fikir bagaimana orang selembut Abu Bakr, yang selalu menangis ketika membaca Al-Quran tu boleh tergamak hendak membunuh sebahagian dari darah dagingnya sendiri ketika perang Badr. Di tangannya terhunus pedang, ligat memburu dan bersedia memancung taghut-taghut yang berselindung dalam tubuh manusia walaupun bergelar anak kandung. Itulah masanya bila ruh jihad dihidupkan dalam jiwa seseorang maka ruh itu mampu memberi satu penghidupan kepada jasad manusia.
Jasad bernama manusia itu terus mencipta tafsiran-tafsiran palsu dalam kamus mereka. Mereka cuba menipu sekian alam dan ingin mencabar Sang Pencipta. Lalu mereka menafsirkan sendiri apa itu hidup dan mati.
Mataku terus menipu diriku. Tika melihat jasad-jasad yang bergerak lalu ia menafsirkan bahawa itu adalah sebuah penghidupan. Sedangkan mereka hanyalah patung yang bergerak, tanpa ruh.
Sang Pencipta berhak memberi kehidupan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Walaupun deria ku tafsirkan bahawa ia adalah sesuatu yang mati tetapi Al Muhyi Al Mumit mampu sahaja menafsirkan sebaliknya. Aku lihat bagaimana Al Quran walaupun dengan satu ayat boleh hidupkan jiwa manusia. Sedangkan jika aku letak seorang pemidato berhujah di depanku belum tentu dia dapat menghidupkan diriku.
Hanya apabila sesuatu jasad itu dihidupkan dengan ruh, maka aku dapat lihat kekuatannya meniupkan ruh pada jasad yang mati. Lalu apabila jasad itu telah hidup, aku nampak ia terus membuat perubahan pada sekelilingnya.
Kemudian aku nampak jasad yang mati, berusaha gigih dengan kata-kata permbakar semangat untuk menghidupkan jasad-jasad tak bernyawa. Mana mungkin jasad yang mati mampu memberi kehidupan pada yang mati.
Agungnya tugas para dai’e, terus berkorban untuk memberi sebuah penghidupan kepada jasad-jasad yang telah mati.
Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk teruskan kembara ini mencari erti sebuah kehidupan. Aku dambakan pertemuan dengan jiwa-jiwa yang hidup.
Ya Allah berikanlah aku sebuah penghidupan. Ihdinas siratol mustaqim.
Filed under: Personal, Ramblings, Reflections | Leave a Comment

No Responses Yet to “Hidup Yang Mati”