Wahai manusia, siapakah engkau?
Wahai manusia, siapakah engkau?
Manusia itu keliru, tidak mengenal dirinya sendiri. Nama yang diberi ibu bapanya itu difikirkan itulah dirinya. Ibu bapanya bebas berikan apa sahaja nama kepadanya, tetapi apakah nama itu benar-benar dirinya?
Kemudian manusia itu mencipta tafsiran sendiri kepada jasadnya. Berkulit sawo matang, melayu, seorang engineer, kononnya itulah dirinya. Tetapi siapakah sebenarnya manusia itu?
Suatu masa nanti ruh akan bercerai meninggalkan jasad yang diberi seribu tafsiran itu. Ketika itu hilanglah jasad yang selalu dipamerkannya, identiti yang dipertahankannya. Lalu berhadapan dengan Allah Azzawajal, maka mampukah dia menafikan tafsiran yang telah diberikan oleh Penciptanya.
Maka tika itu dia tertunduk mengakui siapakah dirinya sebenar.
“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu.”
(Al-Infitar:6-8)
Filed under: Ramblings, Reflections | Leave a Comment

No Responses Yet to “Wahai manusia, siapakah engkau?”