Ha?
Eh boleh ke selesaikan masalah umat dengan hanya mengusulkan konsep perundangan, politik, ekonomi Islami tanpa ada manusia yang betul-betul mahu patuh kepada Allah?
“Orang-orang zaman sekarang yang mendesak supaya Islam mengemukakan teori-teori mengenai sistem perundangan yang lengkap, supaya Islam membentuk dasar-dasar penyelesaian masalah-masalah yang mungkin timbul; sedangkan di bumi ini tiada lagi sebuah masyarakat yang telah memutuskan untuk patuh kepada perintah Allah dan menolak sebarang peraturan dan undang-undang selain dari syariat Allah, sedang mereka mempunyai kuasa untuk melaksanakannya; orang-orang seperti itu, yang mendesak dan mencabar Islam berbuat demikian, adalah sebenarnya orang-orang yang tidak faham hakikat Islam dan bagaimana Islam itu bergerak di dalam hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah.
Orang-orang seperti itu adalah orang-orang yang hendak mengubah tabiat, program dan sejarah agama ini; orang-orang yang hendak mengubah bentuk sejarah Islam supaya Islam ini sama setaraf dengan teori-teori bikinan manusia, sebaya dengan program ciptaan manusia. Mereka juga adalah orang-orang yang cuba memesongkan Islam dari landasannya yang sejati dan dari jalannya yang asli semata-mata untuk menyahut dan memenuhi kehendak semasa dalam diri mereka, sebagai kehendak yang timbul dari kekecewaan jiwa mereka sendiri, kekecewaan mereka menghadapi konsep dan sistem-sistem bikinan manusia yang tidak mampu mereka hadapi. Mereka bermaksud supaya Islam ikut jadi kerdil seperti jiwa mereka supaya Islam jadi suatu teori yang penuh dengan andaian-andaian yang menggelikan, untuk menghadapi masa depan yang tidak wujud, sedangkan Allah menghendaki supaya agama ini mengikut kehendak-Nya. Allah menghendaki supaya Islam menjadi suatu akidah dan keyakinan hidup yang memenuhi ruang hati, yang menguasai budi dan nadi, akidah yang menentukan bahawa manusia tidak boleh tunduk selain kepada Allah sahaja dan tidak menerima peraturan hidup dan undang-undang yang lain dari peraturan dan undang-undang Allah. Sesudah adanya manusia yang inilah akidah mereka dan sesudah mereka mempunyai kuasa yang mutlak di dalam masyarakat mereka maka bermulalah wujudnya undang-undang untuk memenuhi hajat mereka dan mengatur kehidupan mereka yang praktikal (bukan teori sahaja).”
-Ammu Sayid Qutub
やっぱりタルビーヤしかないねええ。。
Filed under: Gems | Leave a Comment

No Responses Yet to “Ha?”