Watak Al-Quran
Selain puasa, watak utama dalam bulan Ramadhan ialah Al-Quran. Malah bagi saya watak Al-Quran itu lagi utama dari puasa, kerana kalau bukan kerana Al-Quran maka tidaklah puasa itu difardhukan. Oleh itu tidak seharusnya watak Al-Quran hanya disampingkan dalam scene Ramadhan.
Di sinilah kita dapat melihat kehebatan Al-Quran yang persis mengubah serta mempengaruhi masyarakat dunia berkurun lamanya. Jika orang mempersoalkan apa hebatnya Al-Quran? Lihatlah pada bulan Ramadhan!
Apa yang menyebabkan masyarakat dunia menjauhi makanan serta minuman, sedangkan itu adalah suatu keperluan?
Apa yang menyebabkan para suami memisahkan diri dari para isteri?
Apa yang menyebabkan perokok tegar menjauhi rokoknya?
Apa yang menyebabkan sang pengumpat dan pencaci keji meninggalkan tabiatnya?
Ini semua terjadi dengan cukup satu ayat yang terdiri dari beberapa perkataan. Saya yakin anda semua hafal benar ayat tersebut.
“Ya ayyuhal lazhi na aamanu kutiba alaikumus siyam kama kutiba ‘alal lazhi na min koblikum la’alakum tattaqun”
Jadi jika masyarakat dunia boleh beriman benar dengan satu ayat ini, maka kenapa tidak ayat-ayat Al-Quran yang seterusnya.
Filed under: Islam, Ramblings, Reflections | Leave a Comment

No Responses Yet to “Watak Al-Quran”